• Welcome to UM GIVING
  • giving@um.edu.my
  • 03-7967 4439 / 4421 / 6261
logo
logo

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Malaya telah menerima Anugerah Ejen Universiti Terbaik 2025 (Kategori Emas) sempena Majlis Apresiasi Ejen Kutipan Zakat dan Wakaf PPZ-MAIWP 2026 yang telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Anugerah berprestij ini merupakan pengiktirafan terhadap komitmen dan usaha berterusan Universiti Malaya dalam memperkasa budaya zakat dan wakaf serta mengukuhkan kerjasama strategik bersama Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) demi manfaat komuniti universiti dan masyarakat.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), dan turut dihadiri oleh YB Senator Puan Marhamah Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), bersama barisan kepimpinan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan PPZ-MAIWP.

Bagi pihak Universiti Malaya, anugerah ini telah diterima oleh Prof. Madya Dr. Azni Zarina Taha, Pengarah Eksekutif UM Giving, yang mewakili universiti dalam majlis tersebut.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga Universiti Malaya untuk terus menyokong dan memperkukuh usaha pemerkasaan zakat, wakaf serta amalan filantropi demi kesejahteraan komuniti universiti dan pembangunan ummah.


Tahniah Universiti Malaya!


Bersama Memperkasa Zakat, Melestarikan Wakaf, Membina Masa Hadapan.

× Paparan Penuh Gambar