UM Giving berbesar hati merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Wyndham Grand Bangsar KL atas tajaan istimewa bagi sesi lucky draw sempena UM iFest.
Sokongan yang diberikan bukan sahaja menceriakan para pengunjung, malah mencerminkan semangat kebersamaan dalam memperkasakan budaya pemberian dan keterlibatan komuniti universiti. Terima kasih kerana bersama-sama mencipta impak yang bermakna.