• Welcome to UM GIVING
  • giving@um.edu.my
  • 03-7967 4439 / 4421
logo
logo

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pemimpin sektor korporat, tokoh industri, rakan strategik serta individu filantropi yang telah bersama-sama menjayakan Simposium UM Giving 2026.

Simposium ini telah menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan dalam satu ruang perbincangan yang lebih daripada sekadar simposium, ia sebuah platform untuk meneroka bagaimana pelaburan impak sosial mampu menjadi pemangkin kepada kelestarian pembiayaan pendidikan tinggi.

Melalui sesi wacana yang berfokus, termasuk perbincangan mengenai pengukuran nilai sosial menerusi kerangka Social Return on Investment (SROI), program ini membuka ruang kepada perkongsian idea yang bermakna, perbincangan yang konstruktif serta potensi kolaborasi strategik pada masa hadapan.

Simposium ini merupakan satu langkah penting ke arah membina ekosistem pelaburan impak sosial yang lebih tersusun, bersepadu dan mampan demi memperkasa masa depan pendidikan tinggi bersama rakan strategik yang berkongsi aspirasi yang sama.

#UM121 #UMisOne #HomeoftheBright #LandOfTheBrave #UMGiving