UM Giving bersama PPUMCare berbesar hati atas kejayaan sesi menyempurnakan lafaz wakaf dan menandatangani dokumen Projek Rumah Wakaf yang dilaksanakan dengan kerjasama
Perbadanan Wakaf Selangor .
Sesi ini telah disempurnakan oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Awang Bulgiba Awang Mahmud sebagai pewakaf, disaksikan oleh Prof. Madya Dr. Azni Zarina Taha, Pengarah Eksekutif UM Giving, serta Puan Fatimang Ladola, Pengurus Kanan Jabatan Kerja Sosial Perubatan, PPUM.
Inisiatif ini merupakan satu langkah bermakna dalam memperkukuh budaya wakaf sebagai instrumen kelestarian yang mampu memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat, khususnya golongan yang memerlukan.
Semoga pelaksanaan Projek Rumah Wakaf dipermudahkan dan mencapai objektif yang dihasratkan. Kami turut mendoakan agar Prof. Emeritus Datuk Dr. Awang Bulgiba Awang Mahmud sentiasa dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan keberkatan dalam setiap amal jariah yang diusahakan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan sesi ini, khususnya Perbadanan Wakaf Selangor, atas komitmen dan sokongan dalam merealisasikan inisiatif yang membawa impak kepada ummah.
× ![Paparan Penuh Gambar]()