
Pertemuan ini diadakan bagi meneroka potensi kerjasama strategik dalam usaha memperkasa pembangunan atlet para, khususnya di Universiti Malaya dan di Malaysia secara keseluruhannya. Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen bersama untuk memperkukuh ekosistem sukan yang lebih inklusif, sekali gus melestarikan semangat kesukanan serta meningkatkan penyertaan dan kecemerlangan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) di negara ini.
UM Giving merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Joshua Edgar, Encik Akmal Md Zain serta Majlis Paralimpik Malaysia atas kesudian meluangkan masa dan berkongsi pandangan dalam perbincangan yang amat bermakna ini. Semoga jalinan kerjasama ini menjadi pemangkin kepada pelbagai inisiatif berimpak tinggi dalam memperkasa pembangunan atlet para serta memajukan arena sukan para di Malaysia.