• Welcome to UM GIVING
  • giving@um.edu.my
  • 03-7967 4439 / 4421
logo
logo

Sempena Majlis Perasmian Penutup Minggu Terbuka Akademik APIUM (MiTA 2026) pada 19 Jun 2026, UM Giving telah dijemput untuk menjayakan sesi penyerahan wakalah zakat daripada Pensyarah APIUM kepada para pelajar APIUM yang memerlukan.

Melalui inisiatif ini, sebanyak RM25,750.00 berjaya disalurkan hasil sumbangan wakalah zakat para pensyarah, mencerminkan komitmen warga akademik dalam membantu kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa.

UM Giving diwakili oleh Prof. Madya Dr. Azni Zarina Taha (Pengarah Eksekutif), bersama Dr. Muhammad Safwan Harun (Ketua, Bahagian Zakat & Wakaf) dan Dr. Norazlin Ab Aziz (Ketua, Bahagian Strategik & Penjanaan Kekayaan).

Semoga sumbangan ini membawa keberkatan kepada para penyumbang serta memberi manfaat dan sinar harapan kepada para penerima dalam meneruskan perjalanan menuntut ilmu.

#UMGiving #APIUM #MiTA2026 #WakalahZakat #ZakatPendidikan #UniversitiMalaya #PrihatinBerkongsi #MenyantuniMahasiswa