

Satu Majlis Penyerahan Sumbangan Infant Warmer (Pemanas Bayi) daripada En. Lim Shaw Kiat telah berlangsung dengan jayanya pada 8 Julai 2026.
UM Giving merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kemurahan hati beliau menyumbangkan kepada PPUM bagi tujuan penyediaan peralatan perubatan ini.
Sumbangan bernilai ini pastinya akan memberikan impak yang amat besar dalam membantu rawatan serta keselesaan bayi-bayi baru lahir yang memerlukan di PPUM.
Sebagai tanda penghargaan, satu penyerahan cenderamata khas turut diadakan semasa majlis tersebut sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga daripada pihak kami atas keprihatinan yang ditunjukkan.
Terima kasih En. Lim Shaw Kiat atas sumbangan yang sangat bermakna ini!
#PPUM #UMGiving #UM121 #UMisOne #philanthropist