




Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Penyerahan Kunci Rumah Wakaf Prof. Emeritus Datuk Dr. Awang Bulgiba Awang Mahmud, sebagai satu lagi langkah bermakna dalam merealisasikan hasrat wakaf demi manfaat dan kesejahteraan ummah khususnya warga PPUM.
Majlis ini telah dihadiri oleh Puan Nur Azrida Azhari Wasi, Timbalan Pengarah Ikhtisas, PPUM, serta Pengarah Eksekutif UM Giving, Prof. Madya Dr. Azni Zarina Taha, bersama Prof. Emeritus Datuk Dr. Awang Bulgiba Awang Mahmud dan isteri.
Rumah wakaf ini bukan sekadar sebuah kediaman, tetapi merupakan manifestasi kesungguhan dan keikhlasan pewakaf dalam meninggalkan legasi yang memberi manfaat berpanjangan.
Semoga usaha murni ini menjadi asbab keberkatan, kesejahteraan dan manfaat yang berterusan, serta menjadi inspirasi kepada lebih ramai warga Universiti Malaya dan masyarakat untuk bersama-sama menyemarakkan budaya wakaf.
“Everyone Can Create Waqf”
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Emeritus Datuk Dr. Awang Bulgiba Awang Mahmud dan isteri atas kepercayaan serta sumbangan wakaf yang amat bermakna ini.