Alhamdulillah, Kursus Model Pembiayaan Filantropi Strategik telah berjaya dilaksanakan pada 9 Julai 2026 bertempat di Balai Ilmu Mahmood Zuhdi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Program ini merupakan anjuran bersama Jabatan Kerja Sosial Perubatan, PPUM dan UM Giving, dengan matlamat memperkukuh pemahaman serta amalan pengurusan dana sosial dan filantropi dalam kalangan peserta.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para penceramah atas perkongsian ilmu, pengalaman dan kepakaran yang amat bermakna:
1. Dato Azlam Shah bin Alias (Ahli Lembaga Pemegang Amanah Tabung PPUMCare)
2. Prof. Madya Dr. Azni Zarina binti Taha (UM Giving)
3. Prof. Madya Dr. Muhammad Ikhlas bin Rosele (Akademi Pengajian Islam UM)
4. Prof. Madya Dr. Nor Fahimah binti Mohd Razif (Akademi Pengajian Islam UM)
5. Puan Maizatulshida binti Md Daham (Pusat Akaun, Jabatan Perancangan Kewangan UM)
Semoga perkongsian berkaitan pengurusan dana sosial, endowmen, zakat, wakaf dan tabung amanah ini dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan ekosistem pendanaan yang lebih mampan, strategik dan berimpak tinggi, khususnya dalam menyokong sektor kesihatan dan kebajikan.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, serta para peserta yang telah menjayakan program ini.