• Welcome to UM GIVING
  • giving@um.edu.my
  • 03-7967 4439 / 4421
logo
logo

UM Giving amat berbesar hati dihubungi dan menerima kunjungan hormat daripada Puan Mawarni Adam, anak kepada Allahyarham Tan Sri Adam Kadir.

Pertemuan ini membawa makna yang cukup istimewa kerana ia bukan sekadar perbincangan mengenai satu inisiatif, tetapi menyentuh hasrat untuk menghidupkan kembali semangat penulisan sebagai warisan ilmu, pemikiran dan jiwa yang pernah dekat dengan Allahyarham Tan Sri Adam Kadir.

Allahyarham dikenang sebagai tokoh yang mempunyai minat, bakat dan ketekunan dalam bidang penulisan melalui karya seperti Gerhana di Hati, The Die Isn’t Cast, Writings on the Faces, Ruang dan Waktu, Liku Berkarang, ISU: Ekonomi, Politik, Sosial, Budaya dan Sense of Proportion.

Melalui perbincangan ini, UM Giving berharap agar legasi tersebut dapat diteruskan melalui satu inisiatif yang mampu menarik, memupuk dan memperkasa minat pelajar Universiti Malaya dalam bidang penulisan, khususnya dalam kalangan generasi muda yang semakin kurang dekat dengan budaya membaca, berfikir secara mendalam dan menzahirkan idea melalui tulisan.

Semoga usaha ini menjadi pencetus kepada lahirnya lebih ramai pelajar yang berani menulis, kreatif berkarya dan mampu menjadikan penulisan sebagai medium untuk menyampaikan pemikiran, nilai dan suara generasi masa hadapan.

#UMGiving #UniversitiMalaya #TanSriAdamKadir #LegasiPenulisan #PenulisanKreatif #PelajarUM 

× Paparan Penuh Gambar