• Welcome to UM GIVING
  • giving@um.edu.my
  • 03-7967 4439 / 4421
logo
logo

UM Giving berbesar hati mengadakan sesi pertemuan bersama YBhg. Tan Sri Ong Tee Keat, Presiden Belt and Road Initiative Caucus for Asia Pacific (BRICAP) merangkap bekas Menteri Pengangkutan Malaysia serta Komander Ang Chin Hup, Pengarah Penyelidikan Maritim BRICAP.

Pertemuan ini diadakan bagi membincangkan potensi kerjasama strategik antara BRICAP dan Universiti Malaya dalam memperkukuh hubungan industri dan akademia. Perbincangan memberi tumpuan kepada usaha mewujudkan lebih banyak peluang pembangunan, perkongsian kepakaran, pendedahan industri serta pembelajaran berasaskan pengalaman kepada mahasiswa Universiti Malaya, sekali gus melahirkan graduan yang lebih berdaya saing dan bersedia memenuhi keperluan industri.

UM Giving merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Tan Sri Ong Tee Keat dan Komander Ang Chin Hup atas kesudian meluangkan masa serta berkongsi pandangan dalam perbincangan yang amat bermakna ini. 

Semoga jalinan kerjasama ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif yang memberi manfaat kepada mahasiswa Universiti Malaya dan pembangunan pendidikan tinggi negara. 

#UMGiving #UniversitiMalaya #BRICAP #UM121 #UMISONE

× Paparan Penuh Gambar