







UM Giving berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Bodhi Meditation Charity Foundation Malaysia, rakan dermawan yang telah bersama Universiti Malaya dalam menyantuni kebajikan pelajar sejak tahun 2017.
Sumbangan dan keprihatinan yang berterusan ini bukan sekadar memberi bantuan, tetapi turut membawa harapan, kekuatan dan peluang kepada pelajar yang memerlukan sokongan untuk meneruskan perjalanan ilmu mereka.
Lebih bermakna, Bodhi Meditation Charity Foundation Malaysia kini mengorak langkah lebih jauh melalui pewujudan dana legasi yang dihasratkan dapat memastikan kelestarian manfaat kepada pelajar kurang berkemampuan, sekali gus memperkukuh impak Universiti Malaya kepada masyarakat.
Kepercayaan yang diberikan kepada Universiti Malaya sebagai institusi ilmu negara amat kami hargai. Penubuhan dana ini mencerminkan komitmen murni Bodhi Meditation Charity Foundation Malaysia terhadap pembangunan ilmu, kebajikan pelajar dan kelestarian kecemerlangan Universiti.
Terima kasih atas kepercayaan, keprihatinan dan kesudian untuk terus bersama kami dalam mencipta masa depan yang lebih bermakna.