




Satu pertemuan strategik telah diadakan antara pasukan UM Giving bersama wakil daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bagi membincangkan ruang kolaborasi dalam memperkasakan agenda zakat dan wakaf pendidikan.
Kami amat berbesar hati menerima kunjungan barisan kepimpinan LZNK yang terdiri daripada:
1. En. Shazril Hanis Bin Salmi (Ketua Divisyen Pendidikan LZNK)
2. En. Mohd Syamil Bin Omar (Ketua Bahagian Operasi, Lembaga Pengurusan Sekolah Zakat)
3. En. Adam Nujaid bin Rijaluddin (Pembantu Zakat, Divisyen Pendidikan LZNK)
4. En. Adib Muadzam bin Abdul Razak (Pembantu Zakat, Divisyen Pengurusan Agen Dan Penolong Amil LZNK)
Antara pengisian utama perbincangan termasuklah:
(a) Status Pelajar: Perkongsian data terkini mengenai jumlah pelajar anak negeri Kedah.
(b) Kolaborasi Strategik: Merancang program-program usahasama yang impak tinggi bagi manfaat kedua-dua pihak.
(c) Kebajikan Asnaf: Memperincikan bentuk bantuan yang boleh disalurkan khusus buat pelajar asnaf anak Kedah agar kelangsungan pendidikan mereka terus terjaga.
Semoga perbincangan ini menjadi titik mula kepada lebih banyak inisiatif murni dalam memastikan tiada anak Kedah yang tercicir daripada arus pendidikan tinggi.
#UMGiving #LZNK #ZakatKedah #Pendidikan #Asnaf #universitimalaya #ZakatDiberkati