






Setinggi penghargaan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) atas sumbangan zakat berjumlah RM84,650.00 bagi menjayakan Program Kepimpinan Mahasiswa yang telah berlangsung pada 16 hingga 19 Ogos 2026.
Sumbangan ini amat bermakna dalam mendukung usaha memperkasa mahasiswa melalui pengisian kepimpinan, pembangunan sahsiah, pembentukan jati diri serta peningkatan kemahiran yang dapat membentuk generasi mahasiswa yang berdaya saing dan berintegriti. Program tersebut telah melibatkan mahasiswa daripada pelbagai IPTA/S seluruh Malaysia dengan jumlah 86 peserta.
Semoga sumbangan zakat ini terus menjadi asbab kepada lahirnya lebih ramai mahasiswa yang berkualiti, berjiwa pemimpin dan mampu memberi manfaat kepada agama, masyarakat serta negara.
Terima kasih MAIWP atas keprihatinan dan sokongan berterusan dalam memperkasa pendidikan dan pembangunan mahasiswa.